Bantuan khas Aidilfitri RM300 untuk peneroka FELDA, FELCRA, RISDA



KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang kepada peneroka FELDA, FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA bermula Isnin ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan khas itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta.

Loading...

Menurut kenyataan itu, bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, pengusaha FELCRA dalam kategori B40 (90,000) dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.

"Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak Covid-19.

Loading...

"Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara," katanya.

Justeru, kerajaan berharap bantuan khas itu akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Aidilfitri. – BHarian



Join our Telegram Channel
Telegram