32 kali PPBM desak saya letak jawatan – Tun M



Point-point Tun Mahathir ketika di wawancara yang dapat diringkaskan dari video rakaman di bawah:

1. Undi tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) pada sidang parlimen akan gagal.

2. Ramai orang tak senang hati dengan Anwar terutamanya penyokong kuat Anwar sebelum ini.

3. Populariti Anwar sudah merosot. Saya tak yakin Anwar akan dapat sokongan jika ada PRU baru.

4. Tun Mahathir letak jawatan kerana MT PPBM tak lagi menyokong beliau. Beliau meletakkan jawatan dengan niat kononnya PH akan mencalonkan beliau semula menjadi PM ke-8. Tetapi malangnya PH mencalonkan Anwar. Sebab itu Mahathir kalah.

5. Tun Mahathir tekankan lagi alasan beliau meletakkan jawatan kerana PPBM telah menolak beliau. Beliau sebenarnya masih mahu lagi bersama dengan PH. Sayang benar beliau dengan DAP.


Loading...

6. Tun Mahathir berkata PH telah mencalonkan Anwar sebagai bakal PM kerana menyangka Anwar banyak sokongan. Malangnya tidak, dan apabila sedar Anwar tidak banyak sokongan mereka terpaksa kembali menyokong Tun Mahathir.

7. Selepas itu Anwar telah meminta kepada Tun Mahathir agar dilantik jadi timbalan perdana menteri. Mahathir tidak bersetuju dengan alasan Anwar tidak kuat, tiada sokongan, ramai yang tidak suka kepadanya dan beliau juga tidak akan menyokong Mahathir jika Anwar dinamakan sebagai TPM. Anwar sebenarnya merupakan beban buat Mahathir. PAS, PPBM dan Azmin tidak boleh lagi terima Anwar sama sekali. Anwar adalah benda yang orang tidak suka, kata Tun Mahathir.

8. Anwar liberal, tidak akan dapat sokongan orang Melayu.

9. Bidak Anwar sentiasa menyerang dan mengecam Mahathir serta sentiasa mendesak beliau untuk meletakkan jawatan. Ini menyebabkan bidak Mahathir dari PPBM tidak suka Anwar.


Loading...

10. Mahathir bekerjasama dengan Anwar dan DAP hanya kerana hendak jatuhkan Najib dan BN. Tidak pula disebut untuk menjaga kebajikan rakyat. Dikutkan lagi dengan bukti dua tahun lalu rakyat tidak terbela.

11. Mahathir sakit hati Anwar jalan merata pi jumpa Raja-raja dan berlagak aktif sebagai pemimpin.

12. Anwar ini pi mana pun buat ribut (kacau bilau).

13. MT PPBM telah mendesak Tun Mahathir untuk meletakkan jawatan sebanyak 32 kali. Malah orang yang benci kepada TSMY juga mendesak beliau letak jawatan dan sokong Muhyiddin.

14. Tun Mahathir sebak, mengaku bahawa UMNO adalah parti yang mulia dan berjasa kepada negara.

15. Tun Maharhir berkata Anwar adalah penipu besar.

Kesimpulan ringkas:
  • Pakatan Harapan penuh dengan pengkhianatan.
  • Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim masing-masing telah hilang kepercayaan dari parti sendiri.
  • PH tidak ada agenda untuk memperkasakan rakyat. Rakyat tertindas tanpa pembelaan sewaktu PH mentadbir.

– NabeelNaqie/Cinca



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram