Netizen dedah Dr Musa sebenarnya adalah macai PH

Dr Musa Nordin, kiri. Dr Noor Hisham Abdullah, kanan.

PETALING JAYA: Seorang doktor hospital swasta mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19, selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawainya turun padang melawat hospital terjejas.

Beliau mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

“KP dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke hospital Covid/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,” kata Musa dalam satu daripada beberapa mesej yang dikongsinya.

Semalam, Hisham dalam taklimat harian Covid-19 berkata, 150 kakitangan perubatan antara hampir 4,000 orang yang dijangkiti virus itu di seluruh negara.


Loading...

Katanya, 30 daripadanya dijangkiti virus itu ketika bertugas, termasuk ketika merawat pesakit ICU.

Musa mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berusaha secukupnya untuk melindungi kakitangannya disebabkan birokrasi yang menghalang pengedaran sut keselamatan PPE.

“Adakah anda tunggu seorang doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kita meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum anda mula bertindak?

“Keadaan ini tidak memberi gambaran baik terhadap KKM,” katanya sambil menambah pasukan beliau sendiri menjalankan “penilaian keperluan secara teliti” di 34 hospital kerajaan yang merawat pesakit Covid-19.

Beliau seterusnya berkata KKM “gagal melindungi barisan depan mereka”.

“Biar saya katakan dengan jelas. Ikrar perubatan kami yang pertama ialah ‘Primum Non Nocere’, iaitu jangan datangkan kemudaratan,” kata Musa.


Loading...

Beliau kemudian berkata pasukannya sendiri sudah mengagihkan 6,000 PPE ke ICU dan sedang menunggu ketibaan 20,000 set lagi melalui sumbangan korporat yang diterajui sebuah syarikat media.

“Bilakah kerajaan akan mengedarkan PPE yang mereka beli dari China?” soalnya.

Sementara itu seorang netizen, Nabeel Naqie bagaimanapun tidak bersetuju dengan Musa kerana pendapatnya boleh diibaratkan seperti tin kosong.

Menurut Nabeel sebelum ini Musa pernah menghentam Universiti Malaya kerana telah membatalkan kelas secara bersemuka di Universiti tersebut pada 10 Februari 2020 akibat ancaman Covid-19.

Sebaliknya tindakan universiti tersebut ternyata adalah keputusan yang tepat dan betul memandangkan tahap bahaya ancaman Covid-19 yang boleh mengancam nyawa.


Loading...

Tindakan Universiti Malaya telah dijadikan contoh dan diikuti oleh semua universiti yang lain beberapa hari kemudiannya.

Menurut Nabeel lagi, Musa hanya doktor pakar kanak-kanak swasta. Beliau tidak terlibat merawat walau satu kes Covid-19 pun kerana semua kes dikendalikan oleh hospital kerajaan.

Jadi apa kredibaliti Musa sehingga tiba-tiba media perlu mengambil kenyataannya pada waktu ini, soal Nabeel.

Nabeel juga mendedahkan Musa sebenarnya adalah seorang doktor sampah yang menyokong Pakatan Harapan (PH) sahaja. Beliau tidak mengecam PH sewaktu memegang kerajaan apabila lambat mengambil tindakan ketika wabak Covid-19 mula menyerang negara kita.

Sekarang Musa berdegar-degar lagak seperti hero kononnya mahu menyelamatkan barisan hadapan dan rakyat padahal satu kes Covid-19 pun beliau tidak pernah rawat. – FMT/Cinca


Loading...



Loading...





Loading...
Dr Musa adalah penyokong PH dan penyokong Anwar Ibrahim

Dr Musa menghentam Universiti Malaysa. Namun terbukti tindakan UM adalah tepat. Rujuk artikel.


Join our Telegram Channel
Telegram