Bintang MMA peluk Islam ketika dikuarantin Covid-19



Bintang seni mempertahankan diri campuran (MMA) dari Austria mengumumkan memeluk agama Islam setelah mempelajari agama itu secara lebih mendalam semasa beliau dikuarantinkan.

Wilhelm Ott membuat kenyataan tersebut dalam satu hantaran di Instagram pada 16 April lalu dengan mengucapkan ‘Shahadah’, yang secara rasminya menandakan permulaan perjalanannya sebagai seorang Muslim.



“Ini adalah agama saya, saya berbangga menjadi Muslim sekarang,” katanya dalam video tersebut.



Peninju itu menyatakan bahawa krisis pandemik koronavirus memberinya kesempatan untuk merenungkan dan menemukan kepercayaannya kepada Allah, dengan mengatakan “Islam telah bertahun-tahun dalam pikirannya”.

“Tetapi ada kalanya saya tidak dapat berbuat apa-apa dan saya membiarkan diri saya terpengaruh dengan politik tetapi Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan ketika saya melalui masa-masa sukar,” tambahnya.

Ott, yang bertinju secara profesional sejak 2008, memuat naik lagi hantaran yang kedua di Insttragram pada hari berikutnya menunjukkan dia bergambar dengan Al-Quran yang dihadiahkan kepadanya oleh rakan peninju MMA Muslim.


Loading...

Ott mengucapkan terima kasih kepada ‘seluruh komuniti Muslim’ di atas reaksi positif dan mengesahkan bahawa dia kini bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadan buat pertama kalinya.

Pada 2018, Austria mencetuskan kemarahan orang ramai setelah menteri dalam negeri mengumumkan tindakan yang keras terhadap ‘politik Islam’ di negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl, dari Parti Kebebasan mengatakan pada sidang media pada tahun 2018 bahawa sekurang-kurangnya 150 orang telah diusir dari Austria dan tujuh masjid telah ditutup, dalam satu gerakan kerajaan menghapuskan masjid yang dibiayai oleh dana asing dan berlatar belakangkan politik.


Loading...

Tindakan tegas itu termasuk menerapkan undang-undang melarang wanita muslim berniqab di mana ia juga berpotensi untuk melarang kanak-kanak perempuan berusia di bawah 10 tahun untuk bertudung.

Kerajaan Austria telah berjanji untuk mengadakan sekatan yang lebih tegas ke atas pendatang dan mengenakan tindakan yang lebih keras terhadap politik Islam di negara itu. – Alaraby/Cinca






Join our Telegram Channel
Telegram