Di saat dunia sedang getir dengan pandemik COVID-19, negara India nampaknya masih lagi mengamalkan dasar diskriminasi agama dengan mengasingkan pesakit positif COVID-19 mengikut agama yang terdiri daripada penganut Muslim dan Hindu.
Situasi melibatkan diskriminasi agama ini berlaku di sebuah hospital kerajaan di Gujarat, India.
Meskipun ramai yang tertanya-tanya dengan tujuan pengasingan ini dibuat, difahamkan arahan untuk mengasingkan pesakit mengikut agama ini dibuat selepas menerima arahan daripada pihak kerajaan India.
Loading...
Dalam usaha untuk mendapatkan pendedahan lanjut, pihak Al Jazeera telah berhubung dengan Jayanti Ravi selaku wakil pihak kesihatan Gujarat.
Respon yang diterima nyata mengecewakan dimana pihak mereka tidak memberi sebarang jawapan mengenai tujuan utama pengasingan wad mengikut agama ini dibuat oleh kerajaan India.
Walau bagaimanapun, dikatakan para pesakit tidak mengira agama telah diberi rawatan yang baik dalam memastikan negara ini segera pulih daripada wabak COVID-19.
Loading...
Menurut para doktor yang bertugas di hospital ini, salah satu punca pengasingan wad buat pesakit Hindu dan Muslim ini dibuat adalah disebabkan sejumlah besar pesakit yang menganut agama Hindu kurang selesa dengan perkongsian wad bersama pesakit Muslim sekaligus pengasingan dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Sebelum ini World Health Organization (WHO) telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 mengikut agama.
Diharapkan isu melibatkan agama ini tidak menjadi penghalang buat warga India mendapat rawatan kesihatan terbaik untuk pulih daripada wabak COVID-19. – Vocket
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Anggota polis putus tangan ditetak orang awam
Join our Telegram Channel