Fuziah bakal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen



Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok kerana menyebarkan berita palsu.

Menurut jurucakap Bukit Aman hari ini, Fuziah - yang juga wakil rakyat mewakili PKR untuk kawasan parlimen Kuantan - akan didakwa berhubung hantaran yang dibuat melalui akaun Facebook miliknya.

Hantaran itu membabitkan keributan di Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan Kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) ekoran kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Akaun itu kemudian menyiarkan permohonan maaf daripada "pengendali" kerana memuat naik klip video lama.


Loading...

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu tuduhan menyebabkan fitnah dan ketakutan awam.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Mengikut peruntukan akta-akta berkenaan, seseorang yang disabitkan bersalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu Fuziah berkata beliau menerima notis saman daripada pihak berkuasa yang mengarahkannya hadir di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok.


Loading...

Katanya, notis berkenaan beliau akan didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membuaut kenyataan yang mendatangkan khianat awam, serta Seksyen 249 Akta SKMM (berkaitan capaian berkenaan data berkomputer).

"Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik, ianya amat-amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku.

"Saya akan terus pertahankan kebenaran dan hak saya, serta pasti bahawa yang hak itu akan terserlah jua," katanya.



Menurut Perkara 48. Fuziah bakal hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen sekiranya disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.



Sebelum ini seorang pesara berumur 67 tahun di Sandakan dihukum RM5,000 kerana sebar berita palsu mengenai ada banduan mati kerana Covid-19 di Penjara Sandakan pada 12 Feb lepas.

Manakala 14 April lalu seorang pelajar perempuan lepasan Politeknik, berumur 22 tahun dan seorang lelaki pekerja kilang 32 tahun dihukum RM3,000 setiap seorang kerana menyebar berita palsu mengenai kontena penghantaran daging kambing bercampur dengan daging babi yang tiba dari luar negara.

Netizen mempersoalkan, adakah dakwaan dan hukuman berbeza akan dikenakan sekiranya perkara itu berkait dengan ahli politik kerana pada pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini, semua tuduhan dan pendakwaan terhadap ahli politik PH telah digugurkan. – Mkini/Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram