Anwar tolak kerjasama dengan PN, dakwa menteri tidak berwibawa



KUALA LUMPUR — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak sebarang bentuk kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan seorang pengguna media sosial dalam satu sidang video yang disiarkan secara langsung, semalam.

Jelas Anwar, beliau tidak berminat dengan gabungan itu sambil mengkritik sebilangan menteri yang disifatkan gagal melaksanakan tugas dengan baik.


Loading...

“Sehinggakan sekarang kalau kita lihat ada menteri yang tidak nampak menonjol tetapi gaji jalan.

“Ada timbalan menteri yang langsung tidak diketahui tetapi percaturan jentera politik berterusan. Saya tidak mahu terlibat,” katanya dalam video tersebut.

Sementara itu, Anwar turut menyelar tindakan beberapa ahli politik yang didakwa menubuhkan kerajaan dengan menggunakan tipu helah.

“Saya bukan gelojoh terima tawaran sehingga sanggup khianat dan tipu helah. Saya tidak sanggup,” katanya lagi. – Projekmm


Loading...


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram