Akhirnya Mazlan Aliman dipecat Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang



Setelah didesak oleh netizen supaya lantikan politik Pakatan Harapan (PH) di dalam kerajaan meletakkan jawatan secara terhormat tidak diendahkan, akhirnya salah seorang daripada mereka dipecat juga akhirnya.

Datuk Mazlan Aliman sebelum ini terkenal dengan sikapnya yang menghasut peneroka Felda untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Setelah agenda Mazlan berjaya, beliau terus meninggalkan peneroka Felda terkontang-kanting sehingga ramai yang jatuh miskin dengan kejatuhan harga sawit, janji lunas pinjaman yang tidak ditunaikan, penanaman semula yang dihentikan, bantuan yang dihapuskan dan pelbagai lagi nasib buruk yang menimpa peneroka.


Loading...

Ramai peneroka yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi 'jaga' pada waktu malam dengan tidur yang tidak cukup dan ramai dikalangan mereka pula sudah tua.

Netizen menyambut baik tindakan pihak terbabit yang memecat Mazlan dengan menganggap ianya adalah satu rahmat buat rakyat Malaysia.

Rata-rata dari mereka mendesak kerajaan supaya terus memecat kesemua lantikan politik PH yang masih berbaki agar dapat menjimatkan wang negara dan bagi mengelakkan 'suwey' atau nasib malang dari menimpa negara. – Cinca?

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak meletakkan jawatan, akhirnya Tun M juga dipecat dari Khazanah


Mazlan Aliman merasmikan pagar


Join our Telegram Channel
Telegram