Zahid Hamidi tidak mahu jawatan kabinet



KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet menerusi kerajaan Perikatan Nasional.

Pengerusi Barisan Nasional itu tetap akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menerusi kerajaan yang baru sahaja ditubuhkan.


Loading...

“Sebagai Pengerusi BN (Barisan Nasional) dan Persiden UMNO saya memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik sebarang jawatan dalam Kabinet.

“Saya berdoa semoga Allah Taala memberi hidayah kepada YAB Perdana Menteri dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,” katanya.


Loading...

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk 2020 di Perak yang dipancarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Sementara itu, pada sidang medianya Ahmad Zahid ketika menjawab soalan wartawan berkata, keputusannya menolak sebarang jawatan dalam Kabinet tidak dinyatakan kepada Perdana Menteri.


Loading...

Katanya lagi, ia adalah berdasarkan kepada keputusan muktamad setelah mengambil kira pandangan dan semua faktor tertentu mengikut keadaan semasa ketika ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...


Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram