SPRM siasat pemilikan wang yang meragukan Syed Saddiq



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan aduan berhubung pemilikan wang itu.


Loading...

"SPRM menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.

"Siasatan terhadap aduan itu akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009," katanya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas menteri terpaksa berputih mata, apabila wang tunai RM250,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya disedari hilang.


Loading...

Kehilangan wang itu disedari oleh Ahli Parlimen terbabit kira-kira 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Susulan kejadian itu, siasatan polis membawa kepada penahanan wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa, kelmarin. – HMetro


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram