Akhirnya video rakaman membuktikan Siti Kasim, wartawan MalayMail memfitnah Menteri Agama



MalayMail Dan Etika Kewartawanan Yang Buruk

1. MalayMail ada membuat laporan berita dengan memberikan headline yang salah mengenai tabung COVID-19. JAKIM bercadang untuk tubuhkan tabung ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

2. Apabila Menteri Agama tegur, mereka akhirnya membetulkan tajuk berita tanpa meminta maaf. Hanya sebut error. Lebih buruk ada wartawan di portal ini, Zurairi AR yang mempertahankan laporan berita ini dengan mengatakan bahawa kononnya Menteri Agama yang telah tersalah cakap.

3. Wartawan yang melaporkan berita ini pula, Radzi Razak masih berkeras mempertahankan berita ini. Boleh rujuk lampiran FB peribadi milik dia.

4. Aku dah tonton video sidang media itu, Dr Zul langsung tidak sebut tabung ini hanya khusus untuk bantu Muslim sahaja. MalayMail yang terlebih pandai daun ketum dengan beri intepretasi yang salah. Lihat video di bawah.


Loading...

5. Makcik Siti Kassim bila baca berita macam ini apa lagi, dia pun meroyan-royan kat FB dia. Satu geng dengan dia pastinya akan beri reaksi sama. Meroyan.

6. Portal berita seperti ini dilihat seakan sengaja nak cipta persepsi yang negatif kepada Menteri Agama dan badan agama seperti JAKIM. Sebelum ini ada juga beberapa laporan yang dibuat secara salah terhadap tokoh dan badan agama.

7. Ini juga sebahagian daripada fake news. Tajuk berita yang sengaja beri persepsi yang salah dan menimbulkan kemarahan dan perasan tegang sebahagian pihak yang lain.

8. Etika kewartawan MalayMail yang macam tahee.

Abdul Azim Roslan


Please subscribe


Loading...




Loading...




Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram