Pramugari ada simptom Covid-19 lari dari saringan



Polis dilapor sedang mengesan seorang pramugari yang disyaki Covid-19 melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak ketika menjalani saringan kesihatan semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan tersebut daripada hospital.

"Usaha menjejaki pesakit itu sedang giat dijalankan," katanya lapor Sinar Online.


Loading...

Usaha mengesan pesakit kini dilakukan dengan hebahan awal ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) Covid-19.

Hebahan turut dilakukan ke Ibu Pejabat Polis Daeerah (IPD) Taiping, Selama, Bandar Bharu (Kedah), IPD Seberang Perai Utara dan IPD Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang).

Difahamkan, wanita berusia 21 tahun itu mempunyai simptom wabak koronavirus sejak 12 hari lalu dan dikatakan hadir ke hospital berkenaan pada Ahad lalu sebelum diarahkan ke Hospital Taiping bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, dia menolak untuk dihantar ke Hospital Taiping sebelum dikesan menghilangkan diri.


Loading...

Pesakit itu juga dikatakan baru pulang dari Singapura dan transit ke Thailand.

Kehilangannya itu tular di media sosial melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Menurut portal itu, wanita yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu telah diletakkan di dalam bilik isolasi HPB untuk saringan.

Abang kepada wanita itu memberitahu pihak hospital bahawa dia akan cuba memujuk adik perempuannya itu ke Hospital Taiping, namun selepas itu kedua-duanya didapati telah menghilangkan diri. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram