Positif Covid-19 kini cecah 1,000 kes – Menteri



PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengisytiharkan kes positif pandemik Covid-19 kini mencecah 1,000 kes.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba, jumlah terkini positif Covid-19 sudah melepasi paras 900 kes.

“Terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 900 kes.


Loading...

“Berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Dalam pada itu, Adham berkata, seramai 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 74 orang pesakit sudah disahkan pulih daripada serangan Covid-19.


Loading...

Daripada segi statistik pula, Selangor masih mencatatkan jumlah positif Covid-19 tertinggi dengan 223 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 123 kes.

Sabah (112 kes), Johor (10) Negeri Sembilan (55 kes) Sarawak (51 kes), Kelantan (44 kes) Kedah (40 kes, Perak (35 kes), Pulau Pinang (32 kes) diikuti Pahang (32 kes).

Empat negeri mempunyai kes di bawah paras 20 kes iaitu Terengganu (11 kes, Perlis (9 kes), Putrajaya (6 kes) dan Labuan (5 kes). – MalaysiaGazette


Join our Telegram Channel
Telegram