PH jimat? Pagi-pagi lagi Khalid dah kencing – Najib



PH masih terus menipu rakyat dengan propaganda terbaru mereka bahawa kerajaan PN mampu melaksanakan pakej rangsangan ekonomi Covid yang besar kerana mereka telah berjimat dalam masa 22 bulan rejim Gagalkrasi.

Antara persepsi yang berjaya ditanamkan oleh propaganda PH di dalam minda RAYkat ialah kerajaan BN dahulu sangat boros dan kita naikkan hutang negara dengan banyak untuk membebankan negara manakala PH berjimat cermat.

Ok. Saya petik data rasmi dari Kementerian Kewayangan untuk memperbetulkan persepsi ini, rujuk gambar di bawah.



Loading...

Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan:
  • 2016 (BN): RM210.2b + RM42.0b
  • 2017 (BN): RM217.7b + RM45.0b
  • 2018 (PH): RM231.0b + RM54.4b
  • 2019 (PH): RM262.3b + RM53.7b
  • 2020 (PH): RM241.0b + RM55.2b

Penambahan hutang langsung negara (pinjaman domestik + pinjaman asing):
  • 2016 (BN): RM37.7b + RM0.8b
  • 2017 (BN): RM40.7b - RM0.34b (bayar balik hutang asing)
  • 2018 (PH): RM54..4b - RM0.32b (bayar balik hutang asing)
  • 2019 (PH): RM44.7b + RM7.8b (bon samurai)
  • 2020 (sehingga PH tumbang): RM30.3b

(Jumlah hutang kerajaan baru ditambah masa PH ialah sekitar RM140 bilion)

Malah, bukan hutang langsung sahaja tetapi jaminan hutang kerajaan di bawah PH juga meningkat dengan pantas. Rujuk artikel di sini.

Belum masuk lagi jaminan hutang untuk projek RM46 bilion PTMP Pulau Pinang yang baru dipersetujui oleh PM ke-7 bulan Oktober lalu.

Dan dasar fiskal yang dirancang oleh PH juga adalah untuk hutang dan defisit tahunan negara terus tinggi sehinnga tahun 2023 iaitu akhir penggal mereka. Rujuk artikel di sini.


Loading...

Realitinya ialah:

1. Perbelanjaan kerajaan di bawah PH jauh lebih tinggi berbanding BN.

2. Defisit negara di bawah PH adalah lebih tinggi berbanding masa BN.

3. PH meminjam (dan menjamin hutang) jauh lebih banyak berbanding BN. Belum masuk lagi hasil dari menjarah Petronas dan jualan lambak aset negara.

4. Bantuan Rakyat masa BN adalah lebih tinggi berbanding masa PH.

5. Jumlah aset-aset nilai negara jatuh. Nilai aset Khazanah jatuh dari RM116b ke RM91b (2018) ke RM73b (2019). Manakala sehingga RM104b dijarah dari rizab tunai RM174b Petronas dijarah.

6. Ekonomi amat teruk sehingga pasaran saham Malaysia jadi paling corot dalam dunia sebelum wabak Covid bermula dan dividen-dividen tabung seperti ASB, KWSP, Tabung Haji menjadi paling rendah dalam sejarah. Dalam keadaan seperti ini, mana mungkin kekayaan negara boleh naik dalam masa PH?

Adakah Guan Eng ataupun mana-mana pemimpin PH berani pertikaikan fakta ini?

Ataupun data dari link laporan tahun 2020 Perbendaharaan Malaysia dari Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Disember 2019 ini adalah "fake news"? Rujuk artikel di sini.

P.S. Saya buat posting ini kerana pagi-pagi dah ada orang yang mahu menipu.



Loading...

Awal-awal pagi, Lid kata kerajaan PH berjimat. Sebab itu, kerajaan PN ada wang untuk melaksanakan pakej rangsangan Covid yang amat besar.

Walaupun saya sudah balas dan buktikan dalam posting sebelum ini bahawa perbelanjaan serta deficit kerajaan, penambahan hutang negara dan pengurangan aset negara adalah jauh lebih tinggi dalam tempoh 22 bulan rejim Gagalkrasi PH, saya juga nak menjelaskan sekali lagi tentang projek ECRL yang Lid sebut adalah contoh "penjimatan" PH.


Tengok gambar jajaran baru (garis merah) PH berbanding jajaran lama (garis biru) ECRL masa BN ini.

Ini apa yang Lid tak sebut:

1. Jajaran ditukar supaya ECRL tidak lagi melalui Banjaran Titiwangsa dan tidak lagi sampai ke ibukota negara. Ini merupakan bahagian kos terbesar yang melebihi RM10 bilion kerana ianya juga melibatkan terowong paling terpanjang di ASEAN.

Jika Lid tak percaya kos terowong adalah sangat tinggi, boleh tanya Guan Eng.

Ini dulu: Terowong 49km rentas Banjaran Titiwangsa. Rujuk artikel di sini.

Dalam jajaran baru PH, sesiapa dari Kuala Lumpur yang mahu ke Kelantan kini terpaksa naik ERL (milik siapa?) dari KL sentral untuk menghala ke selatan selama 30 minit ke Putrajaya sentral sebelum tunggu lagi untuk naik ECRL yang menghala ke utara pula.

Mana pernah ada sistem rel antara paling penting sebuah negara tak melalui ibu negara serta kawasan jumlah pendudu paling padat dalam negara?

Tapi ini yang PH tukar dan buat pulak!

Inilah maksud penjimatan tak masuk akal jenis "penny wise, pound foolish" sebab pulangan dan jumlah pengguna ECRL akan jauh lebih rendah pada masa depan berbanding jajaran asal.


Loading...

2. Bukan sahaja jumlah stesen dikurangkan dari 26 stesen ke 20 stesen tetapi jarak landasan juga dikurangkan.

ECRL juga tidak lagi sampai ke sempadan negara Thailand.

Ini penting kerana bahagian negara Thailand di sana tidak ada pelabuhan besar sendiri dan rancangan kita ialah untuk menghubungkan pelabuhan Kuantan dengan sana untuk menggalakan dan merancakkan perdagangan antara kedua negara kita.

3. Kerajaan PH juga menandatangani perjanjian sampingan yang telahpun dibongkarkan dan diakui oleh PH untuk bersetuju bahawa syarikat China itu akan membangunkan tanah-tanah disebelah stesen-stesen ECRL.


Loading...

4.Kerajaan PH juga bersetuju bahawa syarikat China boleh mengambil 50% kepentingan dalam syarikat operasi ECRL setelah projek siap. Ini bermakna syarikat keretapi negara masa depan akan dikuasai separuh oleh negara asing.

5. Kos asal ECRL masa kerajaan BN hanya RM55 bilion. Angka RM65.5 bilion itu diberikan oleh Guan Eng kerana itu memang tabiat dia untuk naikkan angka-angka secara suka hati.

Pada satu ketika dahulu, Guan Eng juga pernah naikkan kos ECRL ke RM81 bilion tetapi entah kenapa ianya tiba-tiba diturunkan oleh dia ke RM65.5 bilion.

Final cost of ECRL project is actually RM81 billion, says Lim Guan Eng. Rujuk artikel di sini.

Lid tak tahu semua ini ke?


Join our Telegram Channel
Telegram