Akhrinya Tommy mengaku dia adalah lantikan politik



PETALING JAYA: Bekas peguam negara, Tommy Thomas, yang meletakkan jawatan sebelum kontrak 2 tahunnya tamat pada Jun, berkata beliau berbuat demikian kerana perubahan politik.

“Kedudukan saya sebagai peguam negara adalah lantikan politik oleh Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada FMT.


Loading...

“Apabila perdana menteri meletakkan jawatan, saya wajib berbuat demikian kerana saya dilantiknya. Juga penting untuk saya ketepi supaya perdana menteri boleh melantik peguam negaranya.”

Beliau juga berkata keputusan untuk berundur ekoran perubahan politik di tampuk pemerintahan seiring dengan tradisi di United Kingdom dan demokrasi matang lain.


Loading...

Mahathir mengejutkan ramai pihak apabila beliau menyokong pencalonan peguam litigasi kanan itu sebagai peguam negara, selepas Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan pada MEi 2018.

Pelantikan seorang bukan Melayu dan seorang individu dari luar cabang kerajaan sebagai peguam negara tidak mengikut amalan melantik bekas hakim atau pegawai kanan kerajaan.


Loading...

Thomas mengerakkan perbicaraan berkaitan skandal 1MDB, dan Jabatan Peguam Negara menghadapkan Najib Razak, Rosmah Mansor, Ahmad Zahid Hamidi, dan Tengku Adnan Tengku Mansor antara lain ke mahkamah untuk dibicarakan atas tuduhan rasuah dan pecah amanah.

Beliau melantik bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, serta peguam jenayah terkenal, V Sithambaram untuk membantu Jabatan Peguam Negara mendakwa kes-kes berprofil tinggi.


Loading...

Bagaimanapun, pelantikannya sebagai peguam negara dicabar Umno, PAS, dan beberapa NGO Melayu lain.

Sumber beritahu FMT bahawa Thomas menyampaikan keputusannya kepada Mahathir secara peribadi dan menyuarakan penghargaan atas sokongan yang diberi sepanjang 21 bulan beliau menjadi pegawai undang-undang tertinggi kerajaan.


Loading...

Thomas merancang untuk berehat dan berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan peluang kepadanya untuk berkhidmat kepada negara.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk menegakkan keadilan dan mengelakkan ketidakadilan sehingga hari terakhir saya di pejabat. Saya berterima kasih atas peluang ini,” katanya. – FMT

Loading...

Akhrinya Tommy mengaku dia adalah lantikan politik.

Dulu, PH bukan nafi dia lantikan politik?

Bukan kata lantikan dia tidak bercanggah dengan janji manifesto korang?

Sekarang mengaku pulak.

TIPU = PH,
PH = TIPU.

Sebab apa PM ke-7 pilih peguan Guan Eng sebagai Peguam Negara lantikan politik masa itu?

Kes Banglo dan Terowong Guan Eng, cam mana sekarang? – Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram