Wan Azizah jawab Hannah Yeoh, kanak-kanak non Muslim lebih ramai kahwin bawah umur



Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh membidas lantikan baru untuk memimpin kementerian tersebut.

Dalam satu hantaran di Twitter, beliau berkata, bagaimanakah negara boleh membendung gejala perkahwinan bawah umur jika timbalan menterinya datang daripada parti Islam, PAS.


Loading...

Isu perkahwinan bawah umur hangat dibincangkan sejak Jun 2018, apabila seorang lelaki di Kelantan berusia 41 tahun mengahwini seorang budak perempuan berusia 11 tahun.

Di sebalik perdebatan itu, rata-rata pemimpin PAS tidak bersetuju dengan gesaan untuk menaikkan had umur minimum berkahwin kepada 18 tahun yang semakin mendapat sokongan susulan beberapa kes kanak-kanak dan remaja perempuan dikahwinkan dengan lelaki yang usianya 2 atau 3 kali ganda lebih tua daripada mereka.


Loading...

Walhal, apa yang disorokkan oleh Hannah ialah, data statistik 2017 perkahwinan bawah umur mengikut agama dan etnik telahpun dikeluarkan oleh bekas majikan sendiri iaitu bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah pada Julai 2018 yang lalu.

Dalam data tersebut seramai 1,845 orang kanak-kanak bawah umur telah berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah ini, 968 adalah kanak-kanak bukan Islam manakala 877 kanak-kanak adalah beragama Islam.


Loading...

Perkara ini juga kini membuktikan masalah perkahwinan bawah umur ini adalah isu nasional, dan bukan sahaja spesifik kepada masyarakat Islam sahaja.

Pecahan etnik Bukan Islam itu pula menunjukkan kanak-kanak etnik Cina paling banyak berkahwin dengan pasangan dewasa, diikuti dengan etnik Sarawak.


Loading...

Statistik tersebut merupakan jawapan DS Wan Azizah yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri terhadap soalan Kasthuriraani Patto di Dewan Rakyat.

Ciapan Hannah tersebut menyebabkan berlakunya debat agama dan pelecehan terhadap Islam. – FMT/Says/KorekKorek/Cinca?


Loading...



Loading...




Loading...

Berikut merupakan jawapan penuh DS Wan Azizah:



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram