Lantikan politik PH yang masih tidak mahu meletakkan jawatan



Di antara janji Manifesto Buku Harapan PRU-14 adalah 'janji Nombor 22', kerajaan PH akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.

Bagaimanapun janji itu tidak ditunaikan. Puluhan atau tidak mustahil ratusan orang politik ditempatkan di GLC di mana sudah pasti ada implikasi kewangan di dalam perlantikan yang tidak beretika itu.


Loading...

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen (PKR) telah membuat kenyataan, PH sepatutnya tidak membuat pelantikan politik, terutama melantik ahli-ahli Parlimen.

Beliau mencadangkan lantikan-lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan melepaskan jawatan masing-masing memandangkan perubahan pentadbiran, selepas krisis selama seminggu yang menyaksikan Muhyiddin Yassin menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.


Loading...

“Kalau orang-orang dalam badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan adalah lantikan politik semata-mata dan bukan berdasarkan merit atau kebolehan, maka logiknya lantikan-lantikan ini harus meletak jawatan apabila lanskap politik berubah.

“Sebelum PRU-14, PH berkata tidak akan ada lagi lantikan politik di GLC dan syarikat-syariakt ini mesti diketuai golongan profesional. Tetapi apa yang kita nampak dalam 21 bulan lepas?”


Loading...

“Harapan saya, di masa depan mana-mana kerajaan pun yang memerintah, budaya lantikan politik akan dihentikan sama sekali.”

Berikut adalah di antara lantikan politik yang dapat disenaraikan dan senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Cinca?


Loading...

1. Datuk Supardi, Pengerusi PKR Kelantan Pengerusi Tekun

2. Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

3. Wan Saiful Wan Jan – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

4. Junaidah Kitting, isteri kepada Setiausaha Politik Bekas Perdana Menteri, Junaidah Kitting – Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.


Loading...

5. Timbalan Ketua Pemuda PAN Nasional, Faiz Fadzil dengan jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),

6. Pengerusi PAN Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah sebagai Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

7. Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAN Nasional, Mazlan Aliman sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

8. Pengerusi PH Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)


Loading...

9. Ahli majlis pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara)

10. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.

11. Wong Kah Woh (MP Ipoh Timur - DAP) dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 1hb Julai 2019

12. Alice Lau Kiong Yieng (MP Lanang - DAP) Dilantik sebagai pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 1hb Oktober 2019


Loading...

13. Charles Santiago (MP DAP Klang) Dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 1hb Oktober 2019

14. Wong Tack (MP DAP Bentong) , Dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (MTIB)

15. Tan Kok Wai MP DAP Cheras Dilantik sebagai Duta Khas berstatus menteri ke China
Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 1hb Ogos 2018

16. John Brian Anthony Jkuasa Pusat DAP, Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu
Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 4hb November 2018


Loading...

17. Chan Foong Hin setiausaha DAP Sabah , Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) Tarikh lantikan (berkuatkuasa): Febuari 2019

18. Jeffrey Chew Gim Eam Penolong Bendahari DAP P.Pinang, Dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 27hb Febuari 2019

19. Ean Yong Hian Wah Timbalan DAP Selangor Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)
Tarikh lantikan (berkuatkuasa): 18hb Mei 2019

Mereka sedang makan gaji besar, belasah elaun dan perbagai claim mewah, dan sehingga kini masih tidak mahu letak jawatan.

Siapa yang ada maklumat lagi boleh tambah diruangan komen.

Johari Ishak


Loading...




Loading...




Loading...




Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram