Internet percuma dari April hingga tamat PKP



Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta untuk pakej khas ini dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.


Loading...

Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan RM4.000 dapat bantuan tunai RM1,600


Join our Telegram Channel
Telegram