Blogger Apanama kini bos Media Prima baharu



Wartawan veteran yang selama ini dilihat dekat dengan Dr Mahathir Mohamad, Firdaus Abdullah, dilantik sebagai pengarah urusan rangkaian televisyen Media Prima.

Menurut sumber Firdaus memulakan tugasnya semalam untuk menggantikan penyandang, Manja Ismail, yang dipindahkan ke anak syarikat Media Prima Bhd, Primeworks Studio.


Loading...

"Pelantikan ini tidak ada kaitan dengan politik dan ia sudah diputuskan beberapa minggu lalu sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula Media Prima," kata sumber itu.

Selain pernah berkhidmat dengan akhbar New Straits Times (NST), Firdaus juga dikenali sebagai penulis blog Apanama.


Loading...

Media Prima menguasai stesen televisyen TV3, TV9, 8TV dan ntv7.

Syarikat itu melakukan penstrukturan semula sejak Nov tahun lalu. – MKini


Loading...

Untungnya jadi blogger totok PM ke-4.

Penulis blog "Pure Shiite" iaitu blogger bernama SatDee yang kuat mengecam BN sebelum PRU14 dilantik sebagai ahli lembaga pengarah PETRONAS dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tahun lepas.

Blogger "Apanama" pula dilantik beberapa minggu dahulu untuk menjadi pengarah urusan rangkaian televisyen Media Prima yang menjaga berita.

Baik tak payah tonton Buletin Utama TV3 lagi. – Najib Razak


Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram