TERKINI: Pemimpin PPBM, team Azmin, Umno-Pas-Najib, masing-masing bermesyuarat tergempar



PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi PPBM kini sedang bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di sebalik dugaan suatu penyusunan semula politik yang boleh menamatkan komposisi semasa Pakatan Harapan.

Tidak jauh daripada mesyuarat PPBM itu, pemimpin PKR yang bersepakat dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali sedang bersiap sedia untuk bermesyuarat di Hotel Sheraton Petaling Jaya.


Loading...

Antara 9 pemimpin PKR yang dilihat di hotel itu Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah, dan Rashid Hasnon.

Zuraida dan Saifuddin sebahagian daripada Kabinet manakala Rashid timbalan speaker Dewan Rakyat.


Loading...

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba di Sheraton selepas mempengerusikan mesyuarat partinya.

Mahathir terdahulu berada di Menara Yayasan Selangor, bersama Presiden Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta ahli Majlis Tertinggi Rais Yatim dan Wan Saiful Wan Jan.


Loading...

“Mesyuarat PPBM hari ini bukan perbincangan rutin parti,” kata sumber dengan akses kepada kumpulan dalaman PPBM dan PKR kepada FMT.

Sementara itu, pemimpin kanan Umno dan PAS masing-masing mengadakan mesyuarat tertutup di Janda Baik, Pahang malam tadi. Turut hadir bekas perdana menteri Najib Razak.


Loading...

FMT juga difahamkan suatu keputusan penting akan dibuat PPBM hari ini “yang boleh menyaksikan parti itu meninggalkan rakan kongsinya sekarang” untuk membentuk pakatan baru.

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Keadaan semakin tegang dalam Pakatan Harapan ketika PKR, DAP, dan Amanah terus menekan terhadap Mahathir untuk menetapkan suatu tarikh penyerahan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.


Loading...

Perkembangan hari ini kurang 48 jam selepas sidang media pada tengah malam Jumaat, yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan beliau masih berkuasa, dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi dia mahu.

Bulan lepas, FMT melaporkan pertemuan peribadi antara Mahathir dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mungkin memberikan petanda penyusunan semula kuasa politik di Putrajaya, langkah yang mungkin mengetepikan DAP, dan khususnya, menggagalkan cita-cita Anwar yang mahu menjadi perdana menteri.


Loading...

Penyusunan itu akan sejajarkan kumpulan-kumpulan politik yang bersepakat dengan Mahathir dengan pengaruh PAS di nusa teras Melayu di wilayah utara Semenanjung.

Awal bulan ini, ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam bercakap tentang kemungkinan suatu pakatan baru “Pakatan Nasional” sedang terbentuk.


Loading...

Pakatan Harapan dibentuk pada 2015 oleh PKR, DAP dan Amanah berikutan perpecahan Pakatan Rakyat, yang sebelum ini menggabungkan parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP.

Pada 2016, pakatan itu memperoleh rakan ke-4, PPBM, yang dibentuk oleh Mahathir selepas berpisah dengan Umno. Penggabungan itu terbukti berkesan menggerakkan sokongan rakyat di sebalik kekecewaan orang ramai terhadap pentadbiran Najib tentang skandal 1MDB, membawa kepada kekalahan bersejarah Barisan Nasional pada pilihan raya 2018. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...


Notis tentang suatu acara di lobi Hotel Sheraton Petaling Jaya hari ini.

Loading...


Loading...



Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram