Saya bersedia bila-bila masa letak jawatan – Tun M



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia pada bila-bila masa untuk melepaskan jawatan seperti yang dijanjikan kepada Pakatan Harapan sebelum ini.

Bercakap pada sidang media di Puspanitari hari ini, Mahathir berkata beliau sedia mengotakan janji itu sekiranya diminta berbuat demikian pada mesyuarat majlis presiden PH.

Walau apa pun keputusan pucuk pimpinan gabungan itu nanti, Mahathir berkata beliau akan meletak jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik pada November ini.

Loading...

“Saya bersedia pada bila-bila masa hendak meletakkan jawatan. Itu janji saya: saya akan letak jawatan. Apa juga keputusan yang dibuat, saya akan letak jawatan selepas sidang Apec,” katanya.

Ditanya apakah peletakan jawatannya akan dibangkitkan pada mesyuarat majlis presiden PH, Mahathir menjawab beliau tidak akan bangkitkan perkara itu.

“Saya hanya akan jadi kerusi,” katanya.

Loading...

Mesyuarat majlis presiden PH dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat ini dan beberapa isu melibatkan peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijangka akan dibincangkan.

Mahathir sebelum ini nafi terbabit dalam sebarang kegiatan atau kumpulan yang cuba menghalang Anwar menggantikannya sebagai perdana menteri ke-8.

Anwar sebelum itu sewaktu pertemuannya dengan Mahathir berkata, beliau cenderung Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai sidang Apec dan perkara ini akan dimuktamadkan pada mesyuarat majlis presiden PH. – FMT

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram