Mujahid mahu SKMM sekat Sajat di medsos



PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sekat Nur Sajat daripada memuat naik kandungan di media sosial, susulan kontroversi gambar usahawan transgender itu bertelekung semasa mengerjakan umrah di Mekah.

Bernama melaporkan Mujahid mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Internet itu semalam.

“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam,” katanya, merujuk kepada nama Sajat yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.


Loading...

“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” katanya selepas pertemuan itu di pejabatnya di Putrajaya.

Mujahid berkata SKMM ada kuasa untuk menyekat mana-mana kandungan media sosial yang boleh “menimbulkan rasa tidak selesa, khususnya kepada umat Islam”.

Mujahid juga bertegas Sajat perlu mengerjahkan umrah sebagai seorang lelaki.

Sajat, yang menjalankan perniagaan produk wanita, mencetuskan kontroversi selepas memuatnaik video dia memakai telekung semasa di Mekah.


Loading...

Ia mengundang kemarahan pengguna media sosial, serta komen daripada Mujahid yang menuduhnya mencemar imej Islam dan hubungan Malaysia dengan Riyadh.

“Kita kesal sebab dia telah menjejaskan imej sebagai seorang yang dalam IC (kad pengenalan) adalah lelaki,” katanya dalam satu laporan.

Kumpulan hak transgender, Justice for Sisters membidas Mujahid atas komennya itu, mengatakan ada kebimbangan mengenai keselamatan Sajat di Arab Saudi. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram