Mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang nak lari keluar negara – Azri



Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersiap sedia dengan penubuhan kerajaan baharu yang mungkin akan berlaku dalam sedikti masa lagi.

Beliau juga memohon rakyat Malaysia supaya bersiap sedia di lapangan terbang untuk menahan mana-mana pemimpin dari DAP, PKR dan PAN yang cuba akan lari meninggalkan negara jika perkara itu menjadi kenyataan.


Loading...

Sebelum ini desas-desus menyatakan terdapat perbincangan untuk penubuhan kerajaan baharu yang akan berlaku bersama PPBM, Umno, PAS, GPS, team Azmin dan beberapa ahli parlimen lain.

Namun sehingga kini masih tidak ada pengesahan dari mana-mana pimpinan yang terkait tentang perkara itu.


Loading...

Penyokong Pakatan Harapan sebelum ini seramai lebih kurang 60 orang pernah menunggu di Lapangan Terbang Subang untuk menghalang Datuk Seri Najib dan isterinya selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU14.

Namun mereka tersilap kerana apabila tingkap dibuka, individu di dalam itu adalah Ahli Parlimen Arau MP, Datuk Seri Shahidan Kassim. – Cinca


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram