Kes Sajat hanya isu kecil, kata Mujahid



KUALA LUMPUR – Kes pengusaha kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali Sajat yang mengerjakan umrah dengan mengenakan telekung hanya satu isu kecil.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof enggan mengulas lanjut ketika ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap Sajat.

“Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil…tiada (komen),” katanya kepada pemberita selepas Forum Kepercayaan Dalam Komanwel di Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Taman Duta hari ini.


Loading...

Pada 2 Februari lalu, tular gambar Sajat bersama keluarga dan dua rakannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat umrah.

Sajat bersama dua rakannya kelihatan mengenakan jubah lelaki sebelum berangkat, bagaimanapun sebaik sahaja berada di Makkah, beliau menukar penampilannya sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.

Sebelum ini, Mujahid turut melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Sajat dan rakan-rakannya yang telah mencemar imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi. – MalaysiaGazette


Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram