DAP panggil mesyuarat tergempar



KUALA LUMPUR: DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabatnya di sini, susulan spekulasi ia mungkin disingkirkan daripada Pakatan Harapan susulan penyusunan baru politik.

Pemimpin DAP, termasuk mereka yang memegang jawatan kanan Kabinet mengunci mulut ketika spekulasi hangat mengatakan pembabitannya dalam kerajaan persekutuan mungkin berakhir.

Loading...

Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 2 petang ini.

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai satu langkah politik untuk menyingkirkan DAP daripada PH yang memperoleh kemenangan bersejarah pada pilihan raya umum pada Mei 2018.

Loading...

Malam tadi, ahli Parlimen dan pemimpin PPBM, PAS serta Umno muncul di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, di mana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokongnya mengadakan pertemuan sebelum itu. – FMT

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram