Baru Bian MP ke-114 tandatangan SD sokong Tun M?



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian menjadi ahli Parlimen ke 114 yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Selangau itu sebelum ini telah mengumumkan keluar parti PKR bersama dengan 10 ahli Parlimen daripada parti berkenaan termasuk bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.

Loading...

Sesi menandatangani SD tersebut dibawakan secara langsung oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menerusi laman Facebook beliau.

Turut kelihatan adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu), bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah), bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusoff (Amanah) sambil disaksikan oleh Dr. Mahathir sendiri.

Loading...

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas mengikut hemat Baginda, Ahli Parlimen Pagoh itu mempunyai sokongan mencukupi daripada ahli-ahli Dewan.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan pelantikan Muhyiddin dan mendakwa mereka mempunyai sokongan yang mencukupi bagi membolehkan Dr. Mahathir dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Loading...

Ini mendorong Pakatan Harapan dan ahli-ahli Parlimen yang bukan daripada parti berkenaan untuk menandatangani SD untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8




Join our Telegram Channel
Telegram