Ahli Parlimen GPS bermesyuarat di KL, bincang suatu perkara besar..



KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di sini.

Mesyuarat bermula jam 2 petang tadi.

Tinjauan BH mendapati, beberapa ahli Parlimen GPS kelihatan mula hadir di hotel ini bermula jam 1.30 tengah hari tadi.

Loading...

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen, Datuk Seri Fadillah Yusof, ketika ditemui mengesahkan mesyuarat berkenaan.

“CM (Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg) panggil mesyuarat.

“Kita ada mesyuarat. Sarawak saja,” kata Ahli Parlimen Petrajaya itu, namun enggan mengulas lanjut.

Loading...

Sementara itu, Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem turut tidak mahu mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan itu.

BH sebentar tadi melaporkan, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dijangka membincangkan suatu perkara besar dengan semua Ahli Parlimen GPS hari ini, dalam satu pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

GPS mempunyai 19 kerusi Parlimen dan daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) - tiga; Parti Demokratik Progresif (PDP) - dua; dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - satu. – BHarian

Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram