Adakah orang seperti saya tidak layak untuk pergi ke rumah Allah – Sajad



"Sajad mohon maaf, apa patut saya buat?"

Demikian entri terbaru dimuatnaik oleh usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri apabila datang menemui Sajad bagi mendapatkan penjelasan tentang kntroversi yang melandanya baru-baru ini.

Umum mengetahui, kisah Sajad berpakaian wanita ketika menunaikan umrah masih hangat diperkatakan.

Bukan sekadar warganet mengeluarkan pendapat masing-masing, malah sehingga menteri dan mufti turut tampil bersuara. Rata-rata mengatakan tndakan Sajad itu adalah satu kesalahan dan tidak seharusnya berlaku.

Menerusi rakaman vdeo yang dikongsikan di Instagram jutawan kosmetik itu, Aliff Syukri turut memberikan komennya.


Loading...

"Tangisan Nur Sajad dalam situasi ini, saya tak menangkan sesiapa dan siapa yang betul atau yang salah. Tetapi ingin jernihkan semua pihak supaya cari jalan yang terbaik.

"Islam itu indah, semoga kita semua menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Perkongsian Aliff Syukri itu mendapat lebih 100k tontonan dalam masa kurang satu jam.

Vdeo tersebut memaparkan Sajad membuat peremohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sajad atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang tampil bertudung berkali-kali menyebut perkataan maaf di atas tndakannya yang mencemar kesucian IsIam di tanah suci ketika menunaikan umrah.


Loading...

Menurut Sajad, beliau tidak mempunyai apa-apa niat dan tujuannya ke Tanah Suci Mekah itu hanya kerana mahu menunaikan ibadat dan bertemu Allah.

"Saya sedih sangat adakah orang seperti saya tidak layak untuk pergi ke rumah Allah.

"Saya dulu memang kurang agama dan tidak insaf.

"Walau apapun saya minta maaf pada semua jabatan-jabatan, pada semua mufti-mufti, ustaz-ustaz, Pencetus Ummah, ataupun sesiapa sahaja yang...

"Saya minta maaf sangat-sangat, saya tiada niat apa-apa. Saya minta maaf bagi pihak emak ayah saya, bagi pihak anak saya, rakan-rakan saya.


Loading...

Dalam rakaman tersebut Aliff Syukri turut cuba menenangkan Sajad yang dilihat beberapa kali suara tersekat-sekat dan menangis.

Tambah Aliff Syukri beliau tidak menangkan sesiapa, dan tujuannya datang berjumpa Sajad adalah untuk mendengar penjelasan dari empunya badan.

"Kadang-kadang penghinaan itu melampau-lampau. Orang tak faham, kadang-kadang orang kata Sajad mempermainkan agama.

"Apa-apapun kita ini orang kerdil. Sebolehnya jumpalah mufti sendiri. Biarlah mufti yang putuskan dan berbincang.


Loading...

Dalam pada itu, Sajad turut berkongsi pengalamannya sepanjang menunaikan umrah dan sepanjang berada di Makkah.

Katanya, beliau berasa begitu teruja melihat keajaiban kota Makkah di mana beribu orang datang semata-mata mahu menunaikan ibadah dan melupakan segala hal duniawi.

"Saya sendiri tiada masa untuk ambil tahu tentang cerita dalam media sosial.

"Alhamdulillah sepanjang kat sana, saya cukup sembahyang. Dari tak tahu solat jenazah, kini saya dah tahu. Dari saya tak cukup solat, kini saya dah cukup solat.

"Di sana saya dari awal Subuh, memang sentiasa membuat amal ibadah sahaja. Semua tempat saya pergi termasuk makam rasulullah", akhiri Sajad. – MJ/Cinca

Sumber: IG Aliff Syukri


Loading...


Please subscribe


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram