Adakah DAP bersekongkol dengan kegiatan dadah? – Dr Khairuddin


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengesahkan bahawa ia adalah rampasan dadah terbesar negara setakat ini dengan nilai sekitar RM2.4 bilion.

Beberapa fakta tentang kes dadah di Pulau Pinang

1. Pada 30 Januari 2020 , 8 orang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar dadah di Pulau Pinang. Salah seorangnya bernama Ooi Chieng Sim.

2. Ooi merupakan pemegang saham secara individu (bukan syarikat) yang terbesar dalam Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB), milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

3. Laporan Tahunan PBAHB (setakat 1 April 2019), menyatakan Ooi menguasai 5,327,600 unit saham dalam PBA (1.61.%), iaitu ke-4 terbesar. Rujuk di sini (m/s 214).


Loading...

4. Kenyataan media PBA pada 31 Januari 2020, mendedahkan Ooi menguasai 6,127,600 unit saham dalam PBA (1.85%) setakat 31 Disember 2019. Rujuk di sini.

5. Ertinya, dalam tempoh hanya 9 bulan, Ooi telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat air Pulau Pinang itu sebanyak 800,000 unit.

6. Ooi merupakan Pengerusi syarikat Heng Huat Resources Group dan ATTA Global Group

7. Heng Huat Resources (Ooi juga pemegang saham terbesar) dilihat berhubungan dengan Kerajaan Pulau Pinang. Sebagai contoh, pada 14 September 2019, Ketua Menteri Chow Kon Yeow merasmikan projek baharu syarikat tersebut iaitu perusahaan sabut kelapa dengan ladang seluas 5 ekar di Setiu.


Loading...

8. Meskipun projek ini di Terengganu, KM Pulau Pinang yang merasmikannya, tambahan lagi, ia turut disertai Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang dan ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye (rujuk infografik). Rujuk di sini.

9. Manakala itu, ATTA Global giat membeli hartanah di serata Pulau Pinang, termasuk membeli 80% saham syarikat pemaju Sunrise Manner dengan bayaran tunai RM20 juta pada 4 September 2018. Rujuk di sini.

10. Rentetan Ops Diamond Eagle, sembilan akaun bank milik syarikat terbabit dan anak syarikatnya dibekukan termasuk akaun bank peribadi Ooi.

11. Gudang yang diserbu pihak polis di Kawasan Perindustrian Prai merupakan sebahagian milik Atta Global yang disewa oleh 'pihak ketiga'. Rujuk di sini. – Korek Korek


Loading...

Bekas Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi, mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang dengan menulis “You owe us an explanation, CM Chow Kon Yeow” dan “CM Chow cannot make dunno or act dungu”.

Malangnya, Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap lepas tangan dan hanya berkata “pasaran adalah terbuka kepada dagangan setiap hari bekerja dan setiap orang yang yakin dengan PBAHB boleh melabur di dalamnya”.

Semua ini menimbulkan persoalan apakah DAP bersekongkol atau melindungi kegiatan mereka yang terlibat di dalam kegiatan haram demi kepentingan parti dan kerajaannya di Pulau Pinang?

Tidakkah ini memberi persepsi DAP dibiayai oleh mereka yang terlibat di dalam kegiatan haram dan DAP menyuburkan kegiatan haram di Pulau Pinang? – Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram